Monday, October 24, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥


CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


copy dri FACEBOOK..hee

Wednesday, October 19, 2011

memories babysitter

Salam..tgh wt pe??
skrg sy tme lunch hour..hahaha..smentara xda keja n sy xkluar, 
sy nk update blog kjap..keh2..busan bh..xtau mau buat apa..

okeyh, 
hari nie nk citer memories jdi nursemaid kt nursery dulu..
bukn ape,teringat plak ngan budak comel n kiut miut kt nursery tuu..hee..
banyak pengalaman sy dapat tme jdi nursemaid tme tu..
tp keje tu mmg penat lh..huhu..ape tak nya,layan budak2 mcm2 kerenah..
tekanan pun ade..huhu..
p budak2 nie best..hee..mcm2 ragam diorg nie,lucu..boleh buat ketir ketawa 
kalau teringt..
budak nursery nie,ade yg nakal,comel,manja,congek pn ade..

ade satu hari tu, sy dan kawan skerja,biasalh kn buat kerja harian mcm biasa..
dlm tengah2 bz settle diorg nie,siap2 dh mandi n tme tu nk mkn tgh hari ke xsilap..
diorang buat keja masing(budak)..main2 lh,then muncul seekor ayam kt depan umah,..
so,smua berebut2 pegi pintu nk tngok seekor ayam nie..pintu tepi nursery tu kecik..mana cukup kt
diorg sepuluh org nk tngok luar..ish2..
dalam berebut n bising2 tngok ayam tu..ade plak budak2 gaduh..
then tba2 ade sorang budak
perempuan nangis..ms tu sy kt dapur..biasa lh jdi tukang masak..hahahaha..
(tukang masak bidang terjun)hee..

k,sambung balik citer..
so,sy dari dapur trus tngok budak mane yg nangis n tnya kt kawan sorg nape budak tu nangis kuat
sgt..mcm ada bnda x kene je..sy trus pegi kt budak yg nangis tu..n tnya kt budak nape..
then,nk thu nape budak tu nangis..rupa2nya..budak tu kna gigit,ngan sorg budak laki nie..adoii..
parah btol lh tme tu..sy dh giler nabes thp gaban dh..mmg trok la lengan budak tu kna gigit..
lengan budak tu berdarah + lebam lgi...dalam nebes tu sy bw budak tu g dapur,cari ais coz nk hentikan 
pendarahan n kurangkn kesan lebam..budak tu mmg nangis lh,thn sakit..xthu nk buat apa..thu je lh kn budak,
dh la kna gigit lgi..then,sy tpon mk dia trus..suspen giler dh nie..masa tu,sy doa2 lh mak dier xmengamuk..
takut bh..kite yg jg budak,karang xpasal2 msok pnjara or kna kompaun..huhu..

so, pengajaran dalam kisah,jgnlh terlepas pandang kalau jg budak yer,..walaupun nampak xbhya..
tapi mcm2 boleh berlaku...n satu lgi, kalau ade ape2 blaku kt budak2 tu,terus je call mak bapak diorg..coz itu lbih baik..hee..then, jadi nursemaid nie byk risiko nyer..huhu..kalau xmampu,baik xpyh..
naya anak org eyh..p bagi sy, mmg susah p kita belajar..coz satu hari nanti sy pn akan jdi seorg ibu..cehh..hee..pengalam itu amat berharga..hee
miss sangat ngan budak2 nursery tu..diorg comel2..msti dh besar dh sekarang..
dan bawah nie pic diorg tme kt nusery tu dulu..n pic terbaru diorg yg sy dapat kt fb parent diorg..hee

~BUDAK-BUDAK COMEL~
nie nama dier Julian Rheo, budak comel n suka makan..hee

yg nie, Andi Farish..jugak budak comel..tme nie blom thu bjalan lgi..

nie, Nur Khairina Zafirah budak comel & cute lh..

dari kiri Khairul,Ina n Syah..nie suke2 pose..hee..peace2..

Khairul, Ina & Syah


n pic bawah nie,gmbr tbaru diorg..

adik beradik, Khairul n Khairina




yg nie gelaran dia Syah, xingt pulak fullname ape..heee..
budak nie kdg manja tp nakal oww..hee




cute kn diorg..suke2..rindu nyer ngan diorg nie..
itu sahaja...sekian terima kasih..hee..
okeyh..babai..salam.. (^_^)

Wednesday, October 12, 2011

Idaman Hati.(^_^)

Salam..cmt pagi.. (^_^)
korang pa kabar??hope sihat2 semua..hee..sy? Alhamdulillah sihat..hee
tak stress sangat..normal sudah..hahaha..x nak sedih lama sangat..huhu..
okeyh, hari nie sy hepi sikit..hee..coz xde benda yang merunsingkan fikiran dan menyerabutkan
kepala otak sy..hee..

nk citer sikit..semalam,sy tetiba rasa gembira + excited coz jumpa blog abang sendiri..
hahaha..ntah la..ttiba terfikir kot2 abang sy ade blog..rupa-rupanya memang ade lh..
taip je nama gelaran dier yg salu letak tu..chakk!! kluar satu blog info kesihatan..selidik punya selidik empunya profile, mmg btol abang aku punyer lh..tanpa melengahkan masa terus jadi follower abang sendiri punyer blog..hee

okeyh dh, hbis citer jumpa blog my bro..
sekarang nk citer berkaitan title atas plak..hee..
Idaman Hati..korang fikir ape idaman hati sy??hee..nk dapat kn benda nie real..lama lagi kot..huhu..
Harga dier..ish..ish...ish..x cukup gaji saya sebulan..hahaha..cuci mata pun cukup lah..mane tahu rezeki ada next2 year dapat lh jugak kn..mungkin lah..idaman hati saya nie hah kt pic bawah nie..huhu..

Idaman Hati 1
Xperia arc S




Idaman Hati 2
Dell XPS



Idaman Hati 3
(hahahahahaa)

Suzuki Swift


OR

Perodua Myvi


OR

Honda Jazz

hee..diorang nie lh idaman hati saya..hahaha..angan-angan je dulu..idaman hati korang apa plak???
share2 jugak..sharing is caring..hehehehehe (^_~)
okeyh,sampai di sini saja..babai..salam..





Saturday, October 8, 2011

KAWIN

salam..smua..hee..hari nk citer pasal kawin plak..bukan ape..
ramai kawan sekelas,sebilik,sebantal,n semua "se" lh,dh menamatkn zaman bujang diorg..huhu..
semalam, seorang dh sah jadi isteri orang..
selamat ye kawanku..Harmaniza bt Ibrahim n pasangan dia Mohd TaufiQ
hari nie majlis persandingan die plak..


nie hah,photo kawan sy yg nikah ari tu..hee..photo nie sy culik dri fb diorg..kihkih..;D

cantek kn???
so sweet =)

p yang sedihnya, sy xdapat tngok persandingan dier dgn real..
nk jugk merasa nasi minyak kawan sendiri..
apa boleh buat, sy dok berjauhan dari diorang..huhu..
xpe lh nanti kalau korang dh ada anka sy bgi present ek..hee..

bulan 11 nie,ade jugak..kawan..n termasok lh kakak ku sendiri..hee
selamat ya kak n kawan2 sekalian yang akan bernikah, yang sudah berkahwin n yang dh ada anak..
Semoga jodoh korang kekal ke akhir hayat n selamanya..
yang blom tu..sabar2 lh ye..akan tiba jua nanti hari anda..hee..
ok dh lh..da..salam.. =)

Friday, October 7, 2011

KEHIDUPAN DAN CINTA


salam..sy nak kongsikan sedikit artikel yg sy baca hari nie..

Kehidupan & Cinta

Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu.

Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual.
"Ummi, kak fatin dah kahwin!" jawapan yang diterima.
"Belajar dululah kak."
Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan.
Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi.
"Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni. Budak laki ni mulakan perbualan. Salam saying, pelik akak dibuatnya, macam bukan pelajar agama. Kalau tengah bercinta memang macam tu ya? "
" Mana ada erti cinta sebelum kahwin. Kalau dah berdua dalam YM, samalah juga macam duduk berdua bersama-sama tanpa orang lain. Yang ketiga siapa? Mestilah SYAITAN bukan?"
Pesan Ummi, " Kalau nak dapat anak soleh tu mesti permulaannya baik dan betul."
Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah rasa suka dengan seseorang. Perempuan memang cepat jatuh hati. Sangat bahaya!.
Sangat normal untuk seseorang itu jatuh hati/ taruh perasaan/ minat dengan orang lain. Saya tidak terkecuali. Ya, saya berkongsi cerita dengan Ummi.
Bagaimana saya boleh asyik, suka, minat. Pesan umi, solat tahajjud minta Allah tetapkan hati.
Tetapi dalam masa yang sama, saya takut kalau-kalau saya menjadi fitnah kepada saudara tersebut. Kakak perlu doa pada Allah seperti ini :
Ya Allah aku mohon ampun sekiranya perlakuanku menyebabkan dosa kepada saudaraku.
Saya takut saya ini melalaikan saudara saya daripada Allah. Memang perlu rasa seperti itu, supaya kita takut dengan Allah. Doa pada Allah supaya hati kita terpelihara daripada gangguan syaitan itu.
Saya takut perasaan minat saya hanyalah membuatkan saya lebih jauh daripada Allah. Kalau ada teringat-ingat itu cepat istighfar. Selagi tidak ada yang sohih jangan rosakkan hati kita.
Resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri. Saya seolah-olah mahu menafikan rasa suka saya terhadap saudara tersebut. Tiba-tiba rasa cemburu dengan kawan-kawan yang rapat dengannya. Rasa 'insecure.' Rasa mahu cepat-cepat uraikan belitan perasaan ini.
Diakah untuk saya?
Siapa saya untuk dia?
Jika dia pun suka sama suka dengan saya, apa perlu saya buat?
Saya takut saya akan turut bercinta seperti kawan saya yang lain. Nah, mungkin saya pula akan teruji begitu? SAYA TAKUT!
Serabut sangat perasaan itu. Rencana Allah itu indah. Rupanya Allah lontarkan masalah yang serupa kepada seorang sahabat di Mesir. Kami punya fikrah yang sama. Masing-masing takut dengan perasaan ini.
Sedang berlari-lari melalui hari dalam perasaan ini, banyak pula post dan artikel mengenai cinta bertebaran di laman web kunjungan saya.
Banyak juga tazkirah dan peringatan mengenai perihal cinta. Saya dan sahabat selalu bertukar cerita, selalu mengingatkan diri masing-masing tentang matlamat hidup anak perantauan menuntut ilmu.
Sehinggalah hati saya ini terusik dengan serangkap kata-kata hikmah yang akhirnya menenangkan gundah tidak sudah.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Bertemu yang soleh, belum tentu kekal, mungkin boleh berubah solehnya. Kerana si soleh adalah insan biasa.
Perkahwinan adalah sebuah proses menjadi dan bukannya mencari.
Orang kata, cinta itu tidak semestinya memiliki bukan? Lebih baik cinta dalam diam.
Semoga setiap pilihan kita itu dibawah bimbingan-Nya. Selalu kita mahukan sesuatu untuk memenuhi kehendak diri kita, tapi sering kita lupa, Allah tidak akan berikan setiap yang kita mahu tetapi Dia berikan setiap yang kita perlu.
Jadi, sekarang saya akan fokuskan diri, gandakan usaha untuk menjadi seorang ummi yang berjaya.
Kelak kekanda saya akan tiba jua. Kalau bukan di dunia, akan ketemu jua di syurga sana. Biiznillah...
Artikel iluvislam.com





Monday, October 3, 2011

being sadness girl

salam..hai..
dh bulan oktober dh kn??x terasa cepatnya peredaran masa..
urm,..n genap setahun dh sy bkerja di bumi labuan ini..huhu..
x terasa sudah setahun..
pelbagai benda yg ditempuh selama 1 setahun ini..
segalanya terisi dengan kesedihan, kegembiraan, pengalaman n macam lagi lh..
pelbagai dugaan yg memberi sy erti kehidupan dan corak permainan manusia..

selama setahun ini jugk, pelbagai perubahan yg berlaku pada diri sendiri...
ntah la, saya sendiri bru perasan dari segi fizikal n emosi sya sendiri..
dari segi fizikal mmg jauh perubahannya dari dulu hingga skrg..huhu..
i'm becoming 'slimmer'..huhuhu..what happen to me???



dulu saya seorang yang tabah (tu kawan sy cakap lah..hee)..tapi sekarang,
i'm being girl in the sadness...
mungkin dulu, kawan sentiasa ada di sisi...sekarang tiada teman rapat yg tinggal bersama..
bagi diri saya, lebih selesa meluahan masalah dengan cara 'face to face'..
sekarang saya belajar utk menghadapi semua masalah dengan sendiri..walau apa pn cara (cara baik lh), 
asalkan perasaan menjadi tenang dan tenteram..

Apa yg ada dalam hati sekarang, hanya Allah yang tahu..pelbagai, 
kalau boleh, nk lari jauh....cara paling mujarab sekarang, menangis utk mengurangkan beban hati..


saya dah cuba..trying become myself like before..but...
i'm still like this...blame myself..=(



hurmm..sungguh menguji kesabaran...
hope saya akan kuat menghadapi segala masalah..
aminn..bk kata Maher Zain, Allah Always Be There...
salam..