Novel Quartet


Salam,..how feel today???hope ok2 jk..hee..smoga dilindungi_Nya..Aminn..
urm..kali nie sy nk kongsi sikit bkaitan tajuk entry kali nie..hee..iaitu NOVEL..
nk kata sy nie peminat novel sangat,x lah jugak..sikit2 tu adalah..hee..
saya nak ceta sikit senaskhah novel yg saya beli hari tu..lama dah rasanya..
tajuk novel tu taklah sehebat novel cinta yg menarik ramai pengemar novel..tajuk novel tu simple
je iaitu QUARTET..

apa yg saya dapat dari novel nie, pengalaman n dugaan hidup yang sering kita tempuhi sememangnya
mpunyai hikmah disebaliknya..kerana Allah lebih mengetahui..novel nie boleh memberi motivasi pada seseorg yang pernah atau bakal ditimpa ujian..termasok saya sendiri..
Ia menyedarkan kita daripada hanyut dengan godaan duniawi..dan mengejar yang tak pasti kita akan dapat melainkan dengan izin_Nya..

hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada ujian, dan x mudah untuk kita tempuh dan kuat menghadapinya..dan kadang2 kita akan menyalahkan takdir kehidupan, dan berserah tanpa melakukan apa2 atau terfikir mahu lari dari masalah..
dari situ kita amat memerlukan seseorg yg dapat membimbing kita supaya tidak bertindak jauh dari dek akal fikiran n hanya menemui jalan singkat dgn memusnahkan diri sendiri..itu lah pentingnya seorang kawan yang snggup bersama kita,sama ada di kala susah ataupun senang..

bercerita tentang kawan, saya teringat denga kawan-kawan yang sudi menjadi pendengar n menasihat saya di kala saya senang mahupun susah..lebih-lebih lagi apabila saya merasakan diri saya tidak mampu untuk menempuh liku-liku hidup yang semakin mempengaruhi dan melemahkan iman dalam diri..
Terima Kasih sahabat sekalian kerana sudi mendengar luahan hati sahabat korang nie..
dedicate to all my frenz
~THANK YOU SO MUCH...FRIENDS FOREVER~




Nie lah novel tu & sinopsis sekali yang sya copy paste dri blog penulis itu sendiri.

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.
Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.
Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?
Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
***
by SAIDATUL SAFFAA


sungguh indahkan ujian Allah..semakin banyak ujian yang Allah berikan semakin sayang Allah kepada kita..InsyaAllah..sori lah entry kali nie berunsur Islamic sikit, but utk peringatan bersama jugak..
dan ada satu ayat yang menarik yang perlu saya kongsikan dan sebagai pegangan kita ialah

"...barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan_Nya dan meninggalkan larangan_Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripadajalan yang tidak terlintas dihatinya... (ath-Thalaaq: 2-3)


k.sekian..Salam.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Cuti2 di Sabah part 1

KEHIDUPAN DAN CINTA