Sunday, July 14, 2013

Kek Senja Di Kuala


Bahan-bahan:
1 gelas gula
1 tin manjerin@mentega
1/2 tin susu manis
1 tin seri kaya
5 biji telur
2 gelas tepung gandum
2 sudu besar milo
1 sudu kecil vanila
Pewarna merah@merah jambu, kuning & hijau

Cara Membuat :

  1. Gula & manjerin di pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu sehingga habis.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, seri kaya, susu, vanila dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Seterusnya bahagikan adunan tadi kepada 4 bahagian ;
  • a) Bahagian 1 dicampur dengan milo
  • b) Bahagian 2 dicampur perwarna hijau
  • c) Bahagian 3 dicampur perwarna kuning
  • d) Bahagian 4 dicampur perwarna merah@merah jambu
    5. Akhir sekali, kukuskan adunan tadi berlapis-lapis sebanyak 8 lapisan sehingga masak dan habis. Sekali lapisan hendaklah dimasak selama 5@10 minit..

SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment