Ada apa dengan TEH??

Salam semua..hehe..
hari nie sy nk kongsi sikit info sihat yang berkaitan dengan Teh..
saya pun baru tahu yang Teh mempunyai khasiat tersendiri..
so, saya kongsikan dgn rakan blogger jugak. ;)

Banyak-banyak jenis teh, saya suka teh nie.. ;)

Lipton~Yellow Label Tea

KHASIAT TEH :-

~Teh merupakan minuman kedua yang paling banyak dan kerap diminum di dunia (termasuk lah saya..huhu)
selepas air putih. 

~Khasiatnya terhasil melalui kompenen semulajadi daun teh, yang membantu dalam penjagaan kesihatan mulut.

~Selain itu, teh juga menyumbang kepada sistem penghidratan badan secara menyeluruh. 

~Khasiat yang paling penting, teh juga berkhasiat untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tampak berseri.
Bahagian ini selalunya ditekankan kepada golongan wanita dan gadis-gadis remaja yang terkenal dengan
penjagaan penampilan.

~Amalan meminum secawan teh kosong setiap dua hingga tiga jam sehari membantu mengekalkan
tahap kecerdasan sambil mengurangkan rasa lesu.

~Sehubungan itu. minuman teh hijau tanpa tambahan susu dan gula membantu membakar kalori. Hal ini disebabkan kandungan kafeina dalam teh dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.

itu merupakan antara khasiat teh yang saya dapat dari info medikTv..hee..
semoga info-info tersebut bermanfaat untuk kita amalkan dalam pemakanan hidup sihat :)

sekian terima kasih..hee..salam..

Comments

Popular posts from this blog

Cuti2 di Sabah part 1

KEHIDUPAN DAN CINTA