Novel Semerah Inai Di Jari

Salam..hee..lamanya tak update blog..hee..
berhabuk-habuk sudah..hohoho..
bha, hari nie nk share pasal senaskhah novel yang aku beli hari tu..
aku pun dah khatam 1 kali la novel nih..hee..
Tajuk novel macam kat title atas tu jugak "Semerah Inai Di Jari" by Mila Yusof..

 Ulasan yg dapat sy buat melalui bacaan aku psl novel ni plak,
ermm..ok la..hee..boleh menyentuh perasaan mkin2 part 
mereka Izzati dgn Faiz nk diijabkabulkan..sedih plak part yg tu..hee..
aku smept menitis air mata..hahaa ;p..
Ada part yg bosan jugk, aku skip..keh2..hahaa..xsabar nk baca part 
ending lh tu..hihihi..

Okeyh, kalau korang nk lebih lanjut kisah novel nie korang belilah
di kedai2 buku berhampiran tempat anda..hehe..

nie lah rupa novel tu..aku dapat gambar nie dari mr.google..
malas nk snap sendiri..hehehe..dan bawah gambar tu, aku sertakan
sinopsis kisah novel..hee..enjoy reading ya,..hee

Novel Semerah Inai Di Jari

Sinopsis

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.



Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti2 di Sabah part 1

KEHIDUPAN DAN CINTA