Posts

Showing posts with the label Motivasi

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .. Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49) Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 ) Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia tel...

KEHIDUPAN DAN CINTA

Image
salam..sy nak kongsikan sedikit artikel yg sy baca hari nie.. Kehidupan & Cinta Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap t erlebih dahulu. Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual. "Ummi, kak fatin dah kahwin!"  jawapan yang diterima. "Belajar dululah kak." Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan. Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi. "Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang ...

BERATNYA UJIAN ALLAH

Image
Salam..hye jumpa lgi..ade benda nk kongsi..best sgt.. sy suka baca artikel bawah nie..korang baca lh..dapat memotivasikan jiwa.. Beratnya Ujian Allah "...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..." Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan. Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki. Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada ...

pEsanAn AYAH from iluvIslam

Image
salam smua..hope ceria smua nya ya..hee.. entry sy nk kongsikn sbuah pesanan seorang ayah kepada anak yg sy peti dri artikal iluvislam.com.. pesanan ini jugk kta bleh jdikn sbagai panduan hidup spnjg hayat.. so, hayati lh.. ;) Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat,  dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu . Kamu mesti  kuat  supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang. Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu.  Jangan sesekali berasa  putus asa  terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini...